BIDOR: Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata Tanjong Malim bakal menyaksikan limpahan ekonomi daripada aktiviti projek pembangunan AHTV yang dijangka menjana sebanyak 370,000 peluang pekerjaan sepanjang tempoh pembinaan dan 160,000 apabila beroperasi kelak.
Beliau berkata kerajaan negeri menerusi Lembaga Perumahan Hartanah Perak (LPHP) mengambil inisiatif menyediakan projek perumahan baharu bagi menampung permintaan tinggi di daerah itu.
Tambah beliau, projek mega AHTV sudah tentu menuntut ketersediaan unit kediaman yang mencukupi bagi menampung permintaan perumahan dalam jangka masa panjang.
"Selain itu, ia adalah sebahagian daripada aspek penting yang akan mempengaruhi pembangunan sosial masyarakat di kawasan sekitarnya sejajar dengan perkembangan semasa menerusi pelbagai projek yang sedang rancak dilaksanakan di kawasan ini (Bidor)," katanya ketika berucap pada majlis Perasmian Projek Perumahan dan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di sini hari ini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Sandrea Ng Shy Ching, Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri A. Sivanesan dan Pengarah Urusan Demi Hartajaya Sdn Bhd Vincenns Lim.
Saarani berkata projek perumahan melalui kerjasama awam - swasta yang dilaksanakan itu boleh diperkasakan untuk memacu pertumbuhan ekonomi melalui projek perumahan untuk rakyat.
"Saya dimaklumkan bahawa pembangunan projek perumahan Lakeview Residence@Bidor yang dibangunkan atas tanah milik LPHP telah pun dimulakan pada 20 Okt 2022 membabitkan 64 unit kediaman yang dibangunkan dalam dua fasa dengan 40 peratus daripada keseluruhan unit berkenaan dikhususkan untuk bumiputera.
"Kerjasama antara pihak LPHP dan Demi Hartajaya ini merupakan satu langkah bagi mewujudkan lebih banyak kawasan perumahan khususnya di kawasan subbandar untuk memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat yang ingin memiliki rumah," katanya.
Justeru, beliau menyeru pihak pemaju swasta untuk terus bekerjasama dengan kerajaan negeri melalui LPHP bagi membangunkan lebih banyak kawasan perumahan di Perak melalui kepelbagaian tawaran perumahan sama ada berkonsepkan rumah mampu milik, mahupun dengan tawaran harga yang berpatutan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 13 2024
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan ucapan pada perasmian Projek Perumahan dan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Tapak Perumahan Lakeview Residences Bidor hari ini. - Foto BERNAMA
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
Pembangunan AHTV di Tanjung Malim tingkat nilai pelaburan hingga RM40 bilion - MB
Faktor utama peningkatan nilai pelaburan AHTV itu dipengaruhi oleh pemindahan operasi Proton dari Shah Alam ke Tanjung Malim.
AHTV Malaysia mampu jadi hab pasaran EV Asia Pasifik bernilai AS$778 bilion
AHTV merupakan satu-satunya kluster automotif di Malaysia yang diiktiraf secara rasmi sebagai hab NxGV dan EEV.
DRB-Hicom, Geely bukan pelabur eksklusif dalam AHTV
DRB-Hicom Bhd menegaskan bahawa pelaburan yang dijangkakan bernilai RM32 bilion bagi pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim bukan pelaburan eksklusif Geely sahaja.
AHTV bakal jadikan Malaysia hab pengeluar kenderaan elektrik di ASEAN - PM
Pelan pembangunan AHTV dijangka menjadikan Malaysia sebagai hab pengeluar kenderaan elektrik, serta pembekal komponen ke pasaran ASEAN, bahkan ke pasaran yang lebih luas lagi.